Pages

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 31, 2010

posto merdeka.


Lis.
OK. Kalau kira-kira logika, memang Lis ni ada pada nama aku. Cumanya, memang tak pernah la orang panggil aku Lis. Geli kauu. Lis, macam nama minah-minah je weh. Tak kuasa aku. Sahabat handai pun takda nya panggil aku Lis. Paling koman pun, diorang panggil aku Elisa, nama formaliti aku. Nak informal sikit, Lisa je cukup la. Nak <s>mengada</s> comel sikit, ada panggil aku El. Takpun nama kedua aku, Cha. Tapi tak pernah pulak la aku digelar Lis.


Nak dipanjang cerita, aku tadi tergelak ketawa muahahaha muahahaha dengan pencuri hati aku, Syafiq tu. Ada pulak babihutan mana aku tak kenal misscall aku. Menurut perintah pencuri hati aku, disuruh tanya siapa gerangan menjatuh mood. Sekali babihutan tu hantar SMS panjang berjela kat aku, siap panggil aku Lis, cakap dia band apeke benda la aku pun tak amek tau benda-benda cenggini ni.. Tahu perasaan bengang + dituduh bagai? Memang kalau aku jumpa sibabihutan ni, aku sepak kau, biar kau mampus. Perosak kemanan. Teroris bak kata omputeh. Dan orang lain, jangan gedik panggil aku Lis. Paham istilah geli?


Dah alang-alang aku mood amarah ni, ada lagi satu benda aku bengang. Bengang dengan mereka mereka (tertakluk kepada wanita sahaja) yang menegur sapa pencuri hati aku dan buat aku kat sebelah yang bertenggek tak melepasn menghempit macam patung. Helo? Buta apa? Nampak tak pompuan berstatus awek dia sebelah mamat korang tegor ni? Kau nampak? Kau senyum kat aku skali la. Kau jangan tegor laki aku je. PEROSAK KEAMANAN AKU. Nanti yang jadi mangsa, pencuri hati aku la. Mula aku beremosi dingin. Bengang betul aku. Contohhilaaahhh sahabat handai beliau, dorang takde la buat aku macam angin. Ingat aku dok seblah, senyap macam batu tu takda rasa apa la? Baguss.


Dah la. Mood aku tak baik. Aku taip bahasa jiwa bangsa kasi feel melayu sikit. Alang-alang nak sambut Merdeka ni, aku belasah je. Dulu SPM aku dapat C je. Tak hebatt. Ala kadar cukup makan. Memang aku lemah.

Tapi macam dah salah pulak niat aku.


Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53.


PS : Aku ELISA AIZA.

No comments: